Emm kalau ada satu hari di Kuala Lumpur nak pegi mana ya? Tapi sebelum kita pikirkan nak pegi mana mungkin yang lebih penting adalah kat mana nak bermalam?

Di Kuala Lumpur sudah tentu banyak tempat yang boleh kita bermalam, ada yag mahal, ada yang murah, ada yang selesa dan ada juga yang hanya layak untuk tidur sahaja. Saya cadangkan kita bermalam di sekitar Bangi.

Kenapa nak bermalam di Bangi? Sebenarnya Bangi adalah antara tempat yang paling sesuai untuk bermalam kalau kita berhajat nak pusing-pusing Kuala Lumpur tapi kita kurang biasa dengan suasana hiruk pikuk seperti di Kuala Lumpur. Lebih-lebih lagi kalau kita tidak biasa dengan suasana jalan raya di Kuala Lumpur. Nanti saya akan terangkan beberapa lagi sebabnya kenapa Bangi adalah antara pilihan terbaik untuk bermalam.

Misalnya, kita boleh bermalam di Vista Bangi. Vista Bangi? Vista Bangi tu apa? Hotel ke? Bukan pasal Vista Bangi yang nak saya ceritakan kali ini, untuk tahu siki-sikit pasal Vista Bangi boleh klik SINI. Saya hanya nak bagitau kenapa kita patut bermalam di Bangi kalau kita ada satu hari untuk kita spend di Kuala Lumpur.

Katakanlah kita tiba dari Utara, ataupun Selatan, ataupun dari Pantai Timur Semenanjung, kita akan sampai sebelah petang di area Bangi. Dan kalau kita pilih untuk menginap di Vista Bangi misalnya, kita terus boleh check in. Di sebelah malamnya kita boleh keluar makan malam di sekitar Bangi yang pada masa sekarang memang sudah sedia terkenal dengan pelbagai tempat / kedai makan.

Esoknya kita terus pegi ke MRT Kajang Station (tak sampai 10 minit dari Vista Bangi), parking kereta di sana dan amik MRT ke Central Market Station. So Central Market (Pasar Seni) adalah destinasi kita yang pertama. Dari MRT Kajang Station ke MRT Central Market Station ni amik masa sekitar 30 minit sahaja. Kalau kita keluar pukul 8.00 pagi dari Vista Bangi, 8.40 – 8.50 pagi kita dah sampai di Central market. Tapi jangan lah terus masuk ke Central Market. Sebelum pukul 9.00 pagi mungkin tak banyak pun vendor yang dah beroperasi dalam Central Market tu. Dan jangan lupa, kita belum lagi breakfast. Di sekitar Central Market ada beberapa pot yang memang sesuai untuk kita bersarapan pagi. Ye lah, sekali sekala ke Kuala Lumpur apa salahnya kita bersarapan macam orang Kuala Lumpur.

Tak perlulah saya bercerita dengan panjang lebar tentang Central Market / Pasar Seni ni. Memang dah jadi satu tempat yang wajib dilawati kalau kita sekali sekala ke Kuala Lumpur. Sesuai dengan namanya Pasar Seni, kita akan temui macam-macam kedai yang menjual perlbagai produk yang bernilai seni. Klik je SINI untuk maklumat lanjut.

Setelah selesai menjelajah Pasar Seni / Central Market, kita boleh berjalan kaki menyusur ke Masjid Jamek.

Di sepanjang perjalanan ke Masjid Jamek ni pun kita akan bertemu dengan banyak kedai / gerai yang menjual perbagai barangan, termasuklah cenderahati.

Dari Masjid Jamek kita boleh amik grab (~RM10) menuju ke Menara Kuala Lumpur.

Seterusnya, kita boleh menghayati pemandangan yang indah dengan menerokai Canopy Walk di Taman Eko Rimba (TER) Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan dengan tapak Menara Kuala Lumpur (jalan kaki je).

Seterusnya boleh amik grab untuk kembali ke MRT Central Market Station untuk pulang. Masa ni mungkin dah lebih kurang pukul 6.00 ataupun 6.30 petang. Tapi jangan pulang terus, alang-alang ke Kajang / Bangi elok lah pekena Sate Kajang Hj Samuri dulu. Untuk ini kita kena berhenti di MRT Kajang Stadium Station. Selepas maghrib kita boleh menjamu selera dengan sate Kajang yang asli di tepi Stadium Kajang, sebelum menyambung sedikit lagi perjalanan dengan MRT ke MRT Kajang Station, dan seterusnya pulang berehat di Vista Bangi.

Keesokannya boleh berendam sambil berehat dalam kolam di Vista Bangi, nak bersauna pun boleh juga sebelum check out pada pukul 12.00 tengahari.

Posted in

Leave a Reply

Discover more from Mekar Agency

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading